Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan

6.0 Pengenalan
Pendidikan adalah satu sistem dinamaik yang akan melelui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sebuah negara. Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam memastikan sebuah negara tidak akan ketinggalan dalam segala asperk perkembangan dan pembangunan pada peringkat global. Maka, organisasi pendidikan perlu menerokai aspek-aspek yang mempunyai potensi untuk penambaikan dalam memastikan sesuatu hasrat negara tercapai.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak. Namun begitu, setiap perubahan yang diperkenalkan tidak semuanya dilaksanakan dengan sempurna. Kegagalan sesuatu perubahan yang cuba dilaksanakan akan merugikan sama ada dari segi kewangan, sumber manusia dan masa. Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan.

6.1 Kepentingan Inovasi dan Perubahan Pendidikan

  1.  Jurang meningkat apabila perubahan dalam pendidikan adalah lembap berbanding perubahan yang pantas berlaku dalam kehidupan masyarakat. Hal ini berlaku disebabkan kebanyakan institusi pendidikan bergantung pada pelan perancangan yang lama dan lapuk serta tidak relevan lagi dengan kepantasan perubahan dalam kehidupan masyarakat.
  2. Para pendidik perlu lebih kreatif dan inovatif serta mengembangkan dimensi baharu dalam pengajaran. Inovasi perlu berlaku dalam teknologi terkini, perubahan dalam sistem dan prosedur bekerja bagi menjimatkan tenaga, masa dan kos tetapi pada waktu yang sama mampu meningkatkan produktiviti.
  3. Perubahan pendidikan akan berlaku dari semasa ke semasa bergantung padda keperluan sesebuah negara dan kerajaan yang memerintah di samping menyesuaikan keadaan dengan agenda dunia pada peringkat antarabangsa.
  4. Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan memandangkan melalui penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan ditemukan dan daripada dapatan tersebut tindakan penambaikan perlu dilakukan.
  5. Rakyat Malaysia perlu mampu bersaing dalam pelbagai sektor dan mencipta pelbagai inovasi terkini agar tidak ketinggalan.
 6.2 Strategi Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan
  1.  Amanda Credaro ( 2006 ) menyatakan, pengurusan perubahan merupakan aktiviti utama dalam memastikan matlamat organisasi berjaya dicapai, manakala pelaksanaannya merupakan tindakan secara pratikal atau proses fizikal dalam penghasilan dan penggunaan inovasi.
  2. Pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan di Malaysia memerlukan pendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang memiliki peribadi unggul apabila rakyat Malaysia sama maju seperti rakyat di negara maju yang lain, tetapi sebaliknya memiliki peribadi mulia, menjunjung budaya bangsa dan negara.
  3. Pembentukan sesebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pemerintah, di mana prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehinggawujud suatu persekutuan yang menjamin kestabilan politik dan mampu dipertahankan dalam suatu jangka masa uang panjang.
  4. Perdanan Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak mengupas istilah glokal sebagai masyarakat yang berakar nasional namun akalnya menerjah ke persada antarabangsa.
  5. Pembinaan modal insan merangkumi proses yang lengkap dalam membentuk tenaga kerja yang berilmu , berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan.
  6. Perubahan dalam pendidikan perlu dilakukan secara agresif untuk reengineering rakyat terutama generasi muda dalam memastikan hala tuju negara tidak terbatas.
  7. Pemimpin yang menjadi penggerak perubahan perlu ada sikap memahami dan toleransi bagi memastikan setiap perubahan akan diterima dengan senang hati oleh orang yang memimpin.
  8. Ruang pembelajaran yang kondusif ialah ruang di mana murid mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan dan pendapat, memilih aktiviti yang lebih sesuai dengan minat mereka serta ruang yang membenarkan murid mencuba dan meraih pengalaman. Maka, pendekatan berpusatkan murid adalah pendekatan terkini yang lebih relevan.
  9. Main ialah suatu pendekatan yang mampu mendorong murid mencipta suatu pengalaman yang bermakna dan seterusnya mendorong murid mengenali diri sendiri dan mengenal pasti kelebihan serta bakat yang ada di dalam diri mereka.
  10. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan dan ditambah, malahan kemudahan yang disediakan perlu mampu memenuhi kepelbagaian bakat dan lecerdasan murid.
  11. Golongan kanak-kanak mempunyai potensi diri yang besar yang dapat memaafaatkan negara.
  12. Unsur-unsur persekitaran sedia ada murid serta amalan budaya yang telah diamalkan perlu diambil kira dalam menyediakan kemudahan pembelajaran murid.
  13. Kepentingan terhadap pembaharuan dalam kurikulum telah banyak diperkatakan, antaranya Banathy ( 1992 ) menyatakan bahawa, perubahan dalam sesuatu sistem pendidikan memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang hubung kait antara semua bahagian dalam pendidikan.
  14. Jenlink et al ( 1996 ) berpendapat bahawa pihak yang membawa perubahan perlu membantu komuniti membangunkan visi mereka dalam sistem pendidikan yang ideal, mendorong stakeholder berperanan dalam berkongsi visi pendidikan serta melibatkan semua pihak agar bermminat dan turut serta terhadap visi baharu yang dibawa.
  15. Sekolah Bestari bermaksud pendekmokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid.
  16. Sub-NKRA merupakan antara pendekatan dalam usaha membangunkan modal insan yang inovatif, kreatif serta bernilai tambah tinggi bagi menjayakan misi membangunkan ekonomi baharu.
6.3 Adaptasi Pelbagai Perkembangan Inovasi dan Perubahan Pendidikan 

1. Latihan Perguruan 
  • naik taraf maktab ke Institusi Pendidikan Guru 
  • Kurikulum Latihan Perguruan
  1. Pendidikan awal kanak-kanak
  2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  3. Literasi dan Numerasi 
  4. Kemahiran Insaniah
  5. Kompetensi Berbahasa Inggeris
  6. Pendekatan Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2. Program Pensiswazahan Guru
  • Program Khas Pensiswazahan Guru ( PKPG )
  • Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah ( PGSR)
  • Program Khas Pensiswazahan Guru Besar ( PKPGB ) 
3. Kurikulum Transformasi

4. Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT )
  • SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang yang mampu melahirkan modal insan cemerlang berpersonaliti unggul.

Rumusan 
Dalam bab ini telah dibincangkan perkara-perkara yang berikut:
  1. Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikan bermatlmat meningkatkan pencapaian melalui perubahan-perubahan yang mampu menggerakkan masyarakat sepanjang tahun.
  2. Inovasi ialah pendekatan terkini yang memanfaatkan kehidupan manusia melalui perubahan dan revolusi dalam pemikiran hasil proses dan organisasi.
  3. Perubahan pendidikan berlaku dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan negara di samping menyesuaikan keadaan dengan agenda pada peringkat antarabangsa.
  4. Perubahan dapat dilaksanakan melalui strategi kekuasaan, strategi pujukan dan strategi memudah cara.
  5. Pembinaan negara bangsa ialah proses pembinaan dan pembentukan sesebuah negara bangsa yang mempunyai agenda negara yang tersendiri dalam memastikan modal insan cemerlang dapat dibentuk.
  6. Pengurusan pendidikan ialah strategi yang dapat mencapai hasrat negara melalui inovasi dan perubahan kalangan pemimpin, visi dan misi yang jelas, penubuhan Jawatankuasa Pelaksana Pasukan Bertindak serta elemen-elemen kemanusiaan.
  7. Pengurusan bilik darjah yang kondusif perlu diwujudkan demi membawa perubahan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Antaranya adalah pendekatan berpusatkan murid, kemudahan pengajaran dan pembelajaran, landskap maklumat dan peranan guru.
  8. Perubahan pendidikan akan melibatkan perubahan dan transformi kurikulum. Sehubungan dengan itu, kurikulum KBSR disemak dan dijelmakan penambahbaikannya melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
  9. Pembentukan Sekolah Beatari dan Sekolah Berprestasi Tinggi antara inovasi dan perubahan dalam pendidikan terkini di Malaysia.