Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru



4.0 Pengenalan
Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi pelajar. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut paradigma dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Sama ada guru dapat menghadapi cabarab-cabaran ini bergantung kepada cara guru menyediakan diri untuknya.
Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak ddapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan emosi.
Bab ini akan membincangkan tekanan stres yang dihadapi oleh guru, punca stres di tempat kerja, burnout yang dialami dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menangani tekanan stres dan burnout.


 4.1 Tekanan Emosi Guru

  • Stres guru ialah pengalaman guru terhadap e,osi yang tidak diingini. 
  • 5 jenis stres:    
  1.  stres 'here or now'
  2.  stres 'anticipation'
  3.  stres 'imaginatif'
  4.  stres 'reaktif'
  5.  stres ' negatif' 
  • Punca-punca dan tanda-tanda stres dalam kalangan guru
  1. mengajar pelajar yang kurang bermotivasi
  2. mengawal disiplin bilik darjah dan sekolah
  3. tekanan masa dan beban
  4. menangani perubahan
  5. dinilai oleh pihak lain
  6. mempunyai kaitan kerja dengan rakan sekerja
  7. konsep kendiri dan status
  8. pihak pentadbiran dan pengurusan
  9. konflik peranan dan tidak jelas/keraguan
  10. persekitaran kerja yang tidak kondusif
  • Tanda-tanda stres tersendiri daripada simptom kognitif, emosi, tingkah laku dan fizikal
  • Kes kronik terdiri daripada tekanan darah, strok, serangan jantung, masalah tidak dapat tidur, kemurungan dan kebimbingan.
  • Salah satu cara menangani stres adalah berani untuk menolak tanggungjawab tanbahan yang diberikan.
  • Elakkan orang yang sentiasa menyebabkan anda tertekan dan adakan jaringan dengan rakan-rakan yang boleh berkongsi pandangan dengan anda.
  • Cara-cara lain untuk menangani stres adalah berjumpa dengan rakan, bersiar-siar dan membantu rakan-rakan secara sukarela atau melayani internet.
  • Mnegurus stres dengan mengubah perspektif terhadap stres, ambil masa untuk rehat dan tenangkan diri.
  • Teknik-teknik yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah yoga, pernafasan mendalam dan meregangkan otot-otot.
  • Pemikiran positif terhadap apa jua perkara yang berlaku ialah permulaan paling baik untuk setiap hari.
  • Untuk mengendali stres, guru boleh gunakan empat aspek ini:elak,ubah,modifikasi atau menerima

Konsep Burnout 
Tanda-tanda dan Simptom Burnout
  • Pemikiran secara positif memberi impak yang jelas kepada diri sendiri.
  • Burnout merujuk kepada kehilangan minat oleh pekerja terhadap orang-orang yang berkerja dengannya.
  • Gunakan pengurusan grafik untuk menyelesaikan salah satu punca burnout anda. Kongsikan dengan rakan anda di dalam bilik darjah.
  • Antara penyumbang burnout guru adalah gaya hidup, personaliti guru, tekanan kerja dan kurang pengiktirafan atas tugasan yang baik.
  • Guru novis menghadapi burnout kerana kurangnya budaya mentor daripada guru berpengalaman.
  • Pencegahan lebih penting untuk mengalakkan berlakunya burnout dalam kalangan guru.

Rumusan:
Tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat daripada globalisasi dan modenisasi dalam arena pendidikan. Dengan modenisasi, tanggungjawab guru lebih mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan terdapat segelintir guru tidak dapat menangani tekanan kerja dengan sebaik mungkin. Bab ini telah membincangkan punca-punca tekanan stres dan burnout serta cara guru dapat mengatasi kedua-kedua tekanan emosi tersebut. Guru perlu kenal pasti diri sendiri dan bijak untuk memilih langkah terbaik agar dapat menangani tekanan emosi dengan berkesan.