Negara Malaysia memberikan penekanan berat terhadap pendidikan kerana percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi negara untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan kerohanian, moral dan etika ke arah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Ini juga merupakan misi pendidikan untuk membentuk sistem pendidikan bermutu dan bertaraf dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia ( Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001 ).
Justeru, salah satu cabaran utama yang dihadapi negara kita adalah untuk meningkatkan kualitu pendidikan supaya matlamat dan visi dapat dicapai. Dalam proses ini, guru bukan sahaja berpengetahuan dan inovatif tetapi perlu berdisiplin, bermotivasi dan komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Status profesion perguruan perlu dinaiktarafkan demi menjadikan pengajaran di dalam bilik darjah lebih menarik berbanding dengan profesion lain. Laluan ke arah mencapai matlamat ini sudah pasti menemukakan banyak isu dan cabaran-cabaran pendidikan.
Terdapat isu dan cabaran pendidikan yang boleh dikategorikan seperi dalam pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan ( Sufean, 2004:212 ). Isu-isu pendidikan yang wujud sebagai fenomena memerlukan usaha yang dirancangkan secara sistematik untuk menanganinya. Oleh itu, guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai isu yang harus ditangani secara lebih bijak dan penuh perhatian.
Secara khususnya, isu dan cabaran pendidikan yang dikenal pasti dalam negara Malaysia akan dibincangkan termasuk isu berkaitan dengan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan dan gejala sosial.
1.1 Isu dan Cabaran Semasa
Cabaran merujuk sesuatu unsur yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi.
Misi KPM adalah membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
1.2 Integrasi Nasional
Integrasi Nasional bermaksud proses dinamik untuk merapatkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional merancang pelbagai program untuk memupuk integrasi nasional.
Antara dasar yang dirangka untuk memupuk keharmonian rakyat terdiri daripada Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru.
1.2.1 Sekolah Wawasan
![]() |
Sekolah Wawasan dapat merapatkan kaum |
- Peranan guru sebagai pembina negara bangsa dilaksanakan dengan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan dan integrasi nasional serta memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
1.2.2 Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi Nasional
- Peranan guru sebagai pembina negara bangsa boleh dilaksanakan menerusi cara berikut:
a) Memperkasakan bahasa kebangsaan
b) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
c) Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
- Aktiviti yang dilaksanakan oleh guru termasuk Wacana Ilimu, Program Minggu Bahasa Kebangsaan, Pertandingan Menulis, Pertandingan Berdebat dan sebagainya.
- Rimup menggalakkan masyarakat setempat, guru dan murid melibatkan diri dalam aktiviti sekolah untuk melahirkan persefahaman antara pelabagai kaum.
1.2.3 Konsep 1 Malaysia
- Diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan konsep selari dengan apa jua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.
- Rakyat pelbagai kaum dan agama harus berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing, bukan bertindak atas kepentingan kaum sendiri serta kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.
- Membawa aspirasi dan harapan untuk mengeratkakn hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang erat.
- Lapan nilai murni seperti budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada pencapaian negara bangsa Malaysia.
1.3 Pendemokrasian Pendidikan
- Pendemokrasian pendidikan ialah penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan pendidikan.
- Semua rakyat Malaysia berpeluang menikmati peluang pendidikan di man jua mereka berada.
- Cabaran pendemokrasian pendidikan ialah infrastruktur yang lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar.
- Cabaran pendemokrasian pendidikan dari segi bilangan bilik darjah, buku teks dan sedia adanya pusat sumber.
- Cabaran untuk guru memastikan tidak berlakunya isu gender dan guru harus bertindak adil kepada semua pelajar tanpa mengira gender.
1.4 Tonggak Pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization ( UNESCO )
- Empat tonggak pendidikan UNESCO
i) Belajar untuk menguasai ilmu
ii) Belajar untuk menguasai kemahiran
iii) Belajar untuk menjadi insan berguna
iv) Belajar untuk harmoni dan bekerjasama
- Belajar untuk menguasai kemahiran merujuk kepada pelajar dilengkapkan dengan kemahiran berkomunikasi, berpasukan dan menyelesaikan masalah.
- Pembentukan modal insan secara jasmani, emosi, rohani dan intelek merupakan tonggak pendidikan ketiga UNESCO.
- Tonggak pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup secara harmoni tanpa mengira bangsa dan latar belakang.
1.5 Globalisasi dalam Pendidikan
- Globalisasi merujuk kepada proses mengetepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka dan tanpa sempadan.
- Kesan positif globalisasi ialah daya saing, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, perkongsian sumbangan hasil penyelidikantentang pengajaran-pembelajaran dan aliran tenaga buruh dari luar negara.
- Seiring dengan globalisasi, transformasi kurikulum perlu berlaku untuk memenuhi kehendak tempatan dan global.
- Guru perlu merangsang pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk mereka cipta inovasi dalam pendidikan.
1.6 Kepelbagaian Budaya
![]() |
Malaysia berbilang kaum |
- Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya dan keunikan ini merupakan cabaran kepada negara agar dapat menyatupadukan semua rakyat.
- Cabaran kepada guru untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang mesra budaya.
- Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat pelbagai budaya adalah membina negara bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
- Penghayatan prinsip Rukun Negara juga satu cara menanamkan semangat cintakan negara.
- Cara menyatupadukan pelajar pelbagai buday termasuk pengintegrasian kandungan sesuai dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, Sejarah, Sivik & Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral.
1.7 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Teknologi merupakan alat untuk penyebaran maklumat, pengiklanan, pengangkutab dan sebagainya.
- TMK sebagai alat penyebaran maklumat, mewujudkan pengalaman sebenar melalui simulasi, menganalisis data dan membolehkan komunikasi tanpa sempadan.
- Pemerolehan maklumat berguna secara perpustakaan maya membantu pendidik dalam perkongsian ilmu dan penemuan kajian.
- Pengaruh TMK melalui rangkaian Internet amat penting dari segi pengetahuan, perhubungan dan perkongsian bahan pengajaran-pembelajaran.
- Cabaran guru untuk mendidik pelajar untuk menggunakan Internet secaraa betul dan berfaedah.
1.8 Gejala Sosial
![]() |
Gejala sosial di sekolah akan lebih parah jika sekolah tidak ditangani.
|
- Kecanggihan teknologi pada zaman ini merupakan penyebab berlakunya gejala sosial di sekolah.
- Terdapat 24 jenis gejala sosial dalam masyarakat Malaysia.
- Faktor penyebab gejala sosial merangkumi latar belakang keluarga, pengaruh media massa, iklim sekolah dan diri sendiri pelajar.
Rumusan
Bab ini membincangkan isu-isu dan cabaran semasa pendidikan, iaitu integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangab teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial yang memberikan impak kepada guru secara khusus dan sistem pendidikan secara amnya. Pelbagai usaha oleh pihak kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah dilaksanakan untuk menangani cabaran-cabaran semasa agar generasi muda kita dapat menikmati pendidikan berkualiti di samping hidup dalam suasana berharmoni dan bersatu padu. Guru sebagai pemimpin, pembentuk sahsiah dan agen perubahan merupakan pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara bangsa yang kukuh.