Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan



Pengenalan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) 2006-2010 telah memasuki tahun akhir perancangan pelaksanaannya. Setakat ini, kita telah dapat melihat usaha kerajaan untuk memenuhi hasrat yang termaktub dalam PIPP pada semua peringkat pendidikan. Usaha cemerlang kerajaan dalam menyediakan infrastruktur, kelengkapang dan kemudahan pendidikan tidak akan menjadi kenyataan tanpa penglibatan tenaga manusia dalam pendidikan, iaitu pelaksana pendidikan, khususnya para guru dalam menghadapi perubahan yang disarankan. Negara mempunyai tempoh masa yang terbatas, iaitu 10 tahun lagi untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai negara maju mengikut acuan sendiri. Lantaran itu, guru haruslah bersiap sedia untuk berubabh dan mendapani gelombang inovasi yang sentiasa melanda selaras dengan perkembangan global dan dunia tanpa sempadan. 

“ Pada abad ke-21, negara menghaddapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ). Oleh itu, Kemnterian Peljaran Malaysia ( KPM ) menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran dan berakhlak mulia.”
( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:2007 )



Justeru , para guru sebagai pelaksana dasar kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk berubah dengan mengubah cara berfikir dan cara bertindak kepada sesuatu yang kreatif dan berinovatif. Guru pada hari ini dan pada masa depan bukan lagu berperanan sebagai penyampai maklumat kerana maklumat boleh diperoleh sendiri oleh para pelajar melalui pelbagai media elektronik dan media cetak. Guru perllu menyiapkan diri pelajar untuk menghadapi masa depan yang sentiasa mencabar melalui aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran menggunakan maklumat untuk mendepani cabaran dan menyelesaikan masalah.
 


5.1 Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan 

 1. Konsep inovasi 
  • Inovasi adalah sesuatu yang baharu atau unik hasil ciptaan atau proses penstrukturan semula yang memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nilai yang diutamakan.
  • Proses invosi boleh berlaku secara radikal (mendadak) atau secara berperingkat atau beransur-ansur sehingga terhasil perubatan kepada produk, proses atau perkhidmatan.
2. Inovasi Pendidikan
  •  Inovasi Pendidikan hasil perubahan teknoligi Internet dan keperluan dunia tanpa sempadan.
  • Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk: 
  •  pengenalan teknologi baharu
  • perubahan dalam sistem penyampaian
  • perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti
3. Inovasi dalam pendidikan berlaku dalam aspek:
  • Strategi pengajaran-pembelajaran
  • Perkembangan teknologi pengajaran
  • Perkembangan persekitaran pembelajaran
  • Reka bentuk proses
  • Penaksiran pembelajaran  

5.2  Strategi Pengajaran Pembelajaran yang Inovatif
  • Perkembangan strategi pengajaran termasuklah 
  1. Pembelajaran Berasaskan Masalah 
  2. Pembelajaran Berasaskan Projek 
  3. Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawangan
  4. Pembelajaran Elektronik

5.3 Penggunaan Teknologi Dalam Pengajara  

1.  Perkembangan dalam penggunaan teknologi dalam pembelajaran
  •  Persembahan penyampaian-power point dan grafik lain, tayangan video, memainkan audio rakaman, menggunakan smart board interaktif.
  • Penggunaan sumber Internet dalam pengajaran- penggunaan e-mel, papan maklumat dalam talian, blog dan portal dan alat komunikasi yang lain.
  • Perpustakaan maya, laman sesawang,e-buku dan e-jurnal.
  • Database dan dataset dalam pengajaran.
  • Electronic voting system ( sistem undian elektronik)
  • Menggunakan podcasting dan vodcasting.
 2. Perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT:
  • e-buku
  • e-majalah
  • e-jurnal
  • e-portfolio
  • blog
  • forum
5.4 Perkembangan Persekitaran Pembelajaran  

1. Persekitaran pembelajaran berubah daripada persekitaran formal kepada persekitaran bilik darjah maya dan seterusnya kepada persekitaran pembelajaran personal.

2. Persekitaran pembelajaran personel:
  • pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
  • Pembelajaran informal dan formal boleh berlaku.
  • Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian. 
  • Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya.
  • Interaksi sosial berlaku melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial.
  • Memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat.
3. Persekitaran Bilik darjah Maya ( Virtual Classroom)
  • Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal ) yang dikenali sebagai blended.
  • Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran.
  • Pelajar perlu berdaftar.
  • Kawalan berlaku melalui papan buletin.
  • Tiada interaksi sosial. 
5.5 Penaksiran Pembelajaran

1. Penaksiran pembejaran:
  • bertujuan memastikan pembelajaran berlaku.
  • membantu guru merancang pengajaran untuk keberkesanan pembelajaran.
  • berbentuk formatif dan berpusatkan pelajar.
  • memberikan manfaat kepada guru dan pelajar dalam bentuk maklum balas bagi meningkatkan pengajaran-pembelajaran.
2. Perkembangan dalam penaksiran pembelajaran:
  • Penaksiran prestasi
  • Penaksiran elektronik
  • Penaksiran kendiri
  • Penaksiran berportfolio
3. Penaksiran prestasi 
  • menilai perkembangan pembelajaran pelajar secara langsung meliputi apa yang dapat dibuat, bagaimana proses dan pengalaman pembelajaran.
  • pemerhatian terhadap apa sebenarnya dialami dan dihasilkan pelajar.
4. Peranan guru dalam melaksanakan penaksiran
  • tentukan matlamat prestasi tugasan
  • sediakan hasil pembelajaran secara terpenrinci
  • sediakan tugasan real-world, mencabar tetapi realistik
  • sediakan langkah-langkah pelaksanaan tugasan yang lengkap dan dapat memandu pelajar
  • bina penaksiran pembelajaran dalam tugasan, iaitu dalam bentuk kontekstual
  •  Gunakan borang penilaian yang boleh membantu guru membuat penaksiran prestasi pelajar secara adil dan tepat.
5. Penaksiran portfolio 
  • Penyampaian bahan pembelajaran secara sistematik  sebagai bukti pembelajaran.
  • Salah satu alat penaksiran yang sesuai digunakan untuk membuat penaksiran prestasi.
6. Penaksiran kendiri melibabtkan pelajar menilai pembelajarannya sendiri melalui proses membuat:
  • refleksi terhadap pengalaman
  • mengingkatkan semula
  • menggambarkan semula idea
  • menyimpan rekod tindakan 
  • menentukan hala tuju akan datang 
  • berkongsi tanggungjawab belajar dengan sekolah
7. Penaksiran berkomputer ( elekronik ) ialah penaksiran pembelajaran yang dibuat oleh komputer melalui perisian yang telah tersedia.



Inovasi.pptx
Rumusan

Bab ini telah meninjau kepelbagaian bentuk inovasi dan perubahan dalam pendidikan selaras dengan perkembangan dunia tanpa sempadan dan cabaran yang perlu ditangani dalam abad ini.
  • Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Pembelajaran Berasaskan Projek menepati keperluan sosial manusia, iaitu belajar dalam konteks sosial.
  • Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Pembelajaran Berasaskan Projek mempunyai ciri-ciri yang sama dan serupa. Kedua-dua jenis pembelajaran ini sering kali digunakan secara bersilih ganti dengan maksud yang serupa.
  • Semua jenis kaedah pembelajaran semasa dan masa depan memanfaatkan Internet, ICT / TMK, dan pelbagai alat elektronik yang semakin canggih.
  • Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang atau online learning akan menjadi satu trend utama dalam pembelajaran pada pelbagai peringkat.
  • Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, komputer, Internet, e-buku dan seumpamanya menjadi resos pengajaran dan pembelajaran utama pada masa terdekat. Guru hendaklah bersedia untuk menjadikan diri mahir bukan sahaja sebagai pengguna teknologi sebagai penyumbang pengisian sumber pembelajaran.
  • Persekitaran pembelajaran berbentuk maya, dengan pelajar hanya berinteraksi dan berbincang melalui forum, discussion board dan blog, menjadikan persekitaran  personal sesuatu keutamaan pada masa depan.
  • Pembelajaran personal melalui teknologi Internet mengupayakan pembelajaran sepanjang hayat berlaku secara meluas.
  • Penaksiran pembelajaran formatif, berasaskan tugasan autentik menjadi bentuk penaksiran utama untuk mengukur prestasi pelajar.
  • Jenis-jenis penaksiran ialah penaksiran prestasi, penaksiran komputer, penaksiran portfolio dan penaksiran kendiri akan menjadi bentuk penaksiran utama yang digunakan bagi menilai pembelajaran.
  • Penaksiran berasaskan komputer, e-portfolio, OLP khususnya berkemungkinan besar akan menjadi satu sistem penaksiran formatif pada masa depan.
  • Guru perlu menguasai kemahiran menggunkan pelbagai modul, alat teknologi Internet untuk menyumbang kepada pembelajaran pelajaran pada era ini.
  • Guru tidak mampu hanya pengguna teknologi tetapi perlu menguasai teknologi sebagai penyumbang kepada pengisian isi pelajaran. Terdapat pelbagai modul dan perisian untuk menyediakan laman sesawang, blog, forum dan sebagainya dalam Internet.
  • Guru yang berkesan berkembang seiring dengan perkembangan teknologi pengajaran.