Bab ini akan memberikan fokus kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi. Terdapat perbezaan antara gangguan emosi dengan tekanan emosi. Gangguan emosi akan berlaku tidak lama sekiranya tindakan diambil dengan segera. Jika berlarutan, gangguan emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguan mental. Selain itu, bab ini akan menjelaskan hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanka Sedunia 1989. Seterusnya huraian berkenaan hak kanak-kanak di Malaysia diutarakan berdasarkan beberapa peruntukan perundangan.
- mengalami emosi tertentu
- tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah serta penolakan
- sukar berhubung dengan orang lain
- mempunyai dua atau lebih emos
3. Guru bertanggungjawab membantu murid yang mengalami gangguan emosi kerana masalah ini akan memberikan kesan kepada prestasi akademik dan hubungan dengan orang lain.
4. Langkah-langkah dalam menangani masalah gangguan emosi murid:
- Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
- Diberi bimbingan kerjaya.
- Kerjasama daripada ibu bapa.
- Modifikasi tingkah laku yang bersesuaian.
- Didedahkan dengan pengurusan emosi.
- Peraturan bilik darjah yang bersesuaian.
- Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.
![]() |
Pelajar mengalami gangguan emosi perlu dibantu |
3.2 Hak Asasi Kanak-kanak
1. Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 merupakan satu dokumen yang memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:
- Pengabaian
- Penderaan
- Eksploitasi
- Jaminan kanak-kanak mendapat haknya
- Tidak ada perundangan di dalam beberapa buah negara
- Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanka
- Kanak-kanak lemah berbanding dengan orang dewasa
- Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan ekonomi
4. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak diperuntukkan untuk pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah.
5. Dalam melindungi anak angkat kerajaan telah mengadakan perundangan berhubung dengan pengambilan anak angkat.
6. Akta Kanak-kanak 2001 memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan diberi perhatian serius untuk menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak.
Rumusan
Dalam bab ini telah dibincangkan perkara-perkara yang berikut:
- Gangguan emosi dalam kalangan murid mungkin berlaku pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak dan ada kemungkinan gangguan tersebut akan hilang semasa mereka meningkat remaja.
- Murid yang menghadapi masalah gangguan emosi yang terlalu serius kemungkinan akan mempamerkan pemikiran yang celaru, perasaan bimbang yang keterlaluanserta perlakuan-perlakuan yang pelik. Oleh hal yang demikian, menjadi peranan guru untuk membantu mereka.
- Murid-murid ini perlu mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu misalnya pakas psikologi dan kaunseling.
- Hak kanak-kanak perlu dijamin dan dihormati.
- Hal ini bermakna,kanak-kanak tidak boleh didiskriminasikan dari segi warna kulit, jantina, bahasa, agama, pendapat politik atau lain-lain pendapat, asal usul kebangsaan, kaum atau sosial, harta benda, kecacatan, kelahiran atau lain-lain status kanak-kanak itu atau ibu bapa atau penjaga sahnya.